Blogger Backgrounds

Thursday, March 29, 2012

PAVLOVA

N3 saya ni dah basi....means dah lama buat tapi tak de kesempatan nak publish di blog...he3....busy memanjang. kay jom kita amik tau sikit apa dia la Pavlova ni…anak2 nak menyebut pun tak pandai lagi….papapolaba
jadinye…lagi panjang dr sebutan asal…..hahahah.Bergurau2 dgn mereka nak sebut
ni kena goyang2 kan bdn dulu baru leh sebut dgn lancar…hihihihi…pandai je umi
dia….Pavlova (pav) adalah sejenis meringue kek . 2 bahan utamanya ialah dari putih telur dan gula halus Tekstur pavlova ni ringan bila dipegang. Bila disentuh kulit permukaannya akan terasa
licin dan garing. Pegang dgn lembut ye..jgn ditekan @ cucuk …berlubang lak
nanti. Di tengahnya pula lembut dan
manis seperti marshmallow....itu orang kata, tapi aku kata sedap lagi pavlova.
Biasanya, pavlova dihidangkan bersama whipped
cream dan buah segar seperti strawberry, kiwi, mango, blueberry, cherry,
raspberry atau sebagainya. Seeloknya dimakan dengan buah yang mempunyai rasa
masam untuk imbang rasa manis meringue.

Masih lagi tak tau dari mana asal usul Pavlova ni
sbbnya Australia dan New Zealand berebut hak siapa yang mula mencipta Pavlova. Kenapa
ye namaya Pavlova ada kaitan dgn puti telur tu ke ???? sebenarnya Nama Pavlova ni dipilih sempena penghormatan kepada jaguh ballerina dari Russia, Anna Pavlova yang mengelilingi
Australia dan New Zealand pada tahun 1926. Owhhhh gitu yek… wat ever it
is..jom kita cuba….
inilah rupa pavlova.....aku tak penah mkn sebelum ni...sedap...

Resepi Pavlova.

Bahan-bahan :

4 biji putih telur
3/4 cawan gula kastor
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh cuka masakan
1/2 sudu besar tepung jagung

Topping/hiasan :

1 cawan (240 ml ) whipping cream
1 sudu besar gula halus
1/2 sudu teh esen vanilla

p/s : Pastikan ketika mengasingkan antara telur putih dan kuning, tiada sedikit (langsung)
telur kuning yang masuk dalam telur putih & make sure peralatan yang digunakan bersih dari sebarang air dan kesan minyak.

Cara-cara :

1- Pukul putih telur menggunakan hand mixer
dengan kelajuan perlahan Pukul sehingga adunan menjadi 'soft peak form'.

2- Kemudian, dengan kelajuan yang tinggi,
masukkan gula sudu demi sudu sambil terus putar adunan sehingga bertukar
menjadi putih berkilat. Bila diangkat dia akan mengeluarkan tanduk. Haha.
Jangan risau. Ni tanduk bagus punya. Kalau dah bertanduk tu maknanya jadilah
meringue. Jika belum, atau tanduk tak tajam dan belum mantap. Pukul lagi 2-3
minit.

4- Masukkan esen vanilla dan pukul lagi sampai
sebati.

Tanda meringue anda dah jadi ialah bila diangkat
adunan akan menghasilkan tanduk yang tajam dihujung. Dan jika kita baling kan
meringue yg di celup dijari kita dia tak akan bergerak masih lg dijari anda

5- Masukkan tepung jagung dan cuka. Gaulkan
menggunakan spatula atau senduk kayu.

6- Buatkan garisan bulat di atas kertas minyak(parchment
paper). Saya gunakan mangkuk Tupperware agaknye saiz 5 inci kot..pas tu untuk
yg mini saya guna cawan..dpt la 4 mini pavlova.

7- Bentukkan meringue mengikut bulatan yang kita
lukis. dah duk dlm oven pun merigue aku ni

Masa membakar :

1- Panaskan oven pada suhu 150' C. Saya panaskan 15 minit lebih awal. Letakkan rak
di tengah bahagian oven.
2- Masukkan adunan meringue. Dalam 15 minit, turunkan suhu kepada 140'C. Masak
selama 1 jam. Pavlova dimasak dengan api yang sederhana panas. Bila api terlalu
panas, luarnya akan garing tapi dalam tak masak. Bila api tak cukup panas pun
tak kena juga. saja buat mini supaya senag ngapppp...

3- Masak sehingga warna meringue bertukar menjadi coklat muda. Bila
dipegang terasa garing di luar dan lembut bahagian dalam. Tutup api. Biarkan
pintu oven sedikit terbuka. Jangan keluarkan meringue terus dari oven.
Tunggu sehingga sejuk.

Cara menghias :

1- Pukul whipping cream (slps 1-2 jam kluar dr frezzer) dalam bekas sehingga kental.
2- Bila whipping cream dah kental. Masukkan gula dan esen vanila.
3- Masukkan whipped cream dalam plastik. Simpan
dalam peti ais beku sekejap. Nanti bila nak deco baru keluarkan.

Dah siap pun…..kebanyakn kndgan gula ni saya dah kurangkn dari resipi asal yang
saya ambil di blog irmadilondan, tapi masih lagi terasa manisnya….klu anda
sukakn yg manis ikut je resipi diatas, klu tidak kurangkn sendiri la jum gula
yg digunakan tu ye…. sebenarnya aku tak pernah mkn pavlova sebelum ni....tapi aku rasa menjadi dah apa yang aku buat ni...semasa aku buat pavlova ni aku pun buat juga tart buah...fuhhhh kelam kabut juga nak mengejarkan waktu berbuka...maklumlah puasa ganti...nanti kalau ada kelapangan aku usahakn masukan N3 utk fruit tart lak ye....ape2 pun, Selamat mencuba… klu xde oven dirumah…leh la order dgn
saya….he3

0 comments:

Post a Comment