Blogger Backgrounds

Thursday, April 5, 2012

Frankfurter Bread, Beef Mini Pizza & Chicken pizza roll

Selamat pagi semua......kali ni N3 pasal roti lagi, walaupun banyak lagi entri yg tertangguh utk diselitkan dalam blogku ini tapi roti juga jadi pilihan....nak gunakan BM semaksimum mungkin sebelum semua barang dapurku berpindah rumah...uhuk uhuk uhuk....
kali ni aku cekodeng blog realreen. Cuma aku pelbagai kan saja bentuk2 rotinya...kalau sebelum ni aku ada buat tuna roll& cinnamon roll ( klik sini utk resepinya) kali ni aku nak buat chicken pizza roll lak....nak gunakan bahan sedia ada dlm peti ais ku... jom lah kita tengok apa yang aku leh buat dengan resipi dari blog realreen ni. kalau nak resipi yang asal sila ke link realreen ni ye..
inilah hasil meroti ku...

Bahan A
165 ml air suam
40g telur (ambil 1 biji dipukul &timbang)
1 sudu kecil garam
320 gm tpg roti
80 gm tepung kek/ superfine flour
60g shortening (atau leh tukar kpd butter)
1/2 sudu bread improver
2 sudu susu tepung
5 sudu gula halus
1 sudu bread softener
2 sudu yis kering

Bahan B
3 ketul frankfurter chic (direndam dlm air panas skjp & dikeringkan)
Sos prego asli
1 keping daging burger (dicincang halus dan digaul bersama sos
prego+lada sulah+lada hitam+lada putih)
1 keping ayam burger (dicincang halus dan digaul bersama sos prego+lada
hitam+lada putih)
hirisan cendawan butang
mayonis & keju mozarella
Caranya:
Masukan semua bahan A dalam Breadmaker, pas tu tekan menu dough….pas
dah settle lebih kurang 1 jam 30 minit leh la keluarkan doh tumbuk2 untuk buang
kan angin

Frankfurter bread
-bentukan bulat2 sebesar gengaman tangan kemudian canaikan setebal 1/2cm.
ambil sosej dan gulungkan, pastikan sosej ngam2 & ditutupi oleh doh tu.
- Bhg yg dikepilkan diltk dibhg bwh dan kerat kpd 10 bhg (jgn dipotong hingga
putus)
- Tekniknya..tolak ke kiri & ke kanan berselang-seli.
- Sapukan sos prego, letak mayonis & taburkan keju (lg byk keju punsodap) keciknya oven ku ni....mcm nk beli oven baru lak...jimat masa membako...
dah selamat masuk kat mulut aku...sedap...lembut...
Beef Mini pizza
-bentukan bulat dan leper, kemudian biarkan 10-20 minit tunggu dia
mengembang
-sapukan baki telur diatas permukaan doh

- letakan daging yg telah digaul bersama sos prego, letak hirisan
cendawan butang,lada hitam, lada putihmayonis dan taburkan keju
Chicken pizza roll
- selebihnya doh dicanai bentuk 4 segi
- sapukan butter diatas doh
-letakkan ayam yg telah dicmpur dgn sos prego, taburkan cendawan butang
- gulungkan kemudian dikerat kepada 4 bahagian dan letak diatas paper
cup
- sapukan telur dipermukaan roll kemudian letakan mayonis, lada
hitam/lada putih & taburkn keju
- Biarkan kembang seketika (dlm 10 min) sblm dibakar


Bakar pada suhu 190C dlm 15-20 minit (Panaskan oven terlebih dlm 15 minit)
Slps msk sapukan butter pd roti
utk mengekalkan & melambatkan proses kekeringan. Roti akan tahan
kelembutannya.
Ni cubaan roti catterppilar...dalamnya aku letak jem rasberry...selalu org letak kacang merah...sbb xde kan....lain kali leh cuba lagi...