Blogger Backgrounds

Saturday, February 4, 2012

COKLAT MOIST CUP CAKE

Semangat berkobar2 pelbagai pekakas aku beli 2 hari yang lalu 'konon'nye nak buat homemade cup cake, coklat,pizza,aiskrim,ala2 donut big apple....hahahaha mood nk buat dtg bila baca blog dan cekodeng2 dapur orang.....tapi mood nak buat tu lum tau lagi....he3. Cuti hujung minggu yang panjang kerana maulud nabi dan thaipusam ni kami tidak kemana2, plan aku adalah nak cuba 'segala' resipi yg dah aku usha2.
My first cup cake
Untuk tidak merasa hampa duit dah berabis bnyk beli bahan2 tu.. hari nie aku cuba dgn membuat cup cake yg simple, maklumlah aku nie mmg tak pandai buat kek dan bukan penggemar 'tegar' kek. sekadar nak mencuba tgk org lain buat nak buat jg...he3
ku ambil resipi dari myresipi.com....simple je. Tarra....inilah hasilnye.
kek ni kalau disusun dalam pinggan correlle ku yg com el itu sudah semestinye ia menjadi lebih sedap daripada biasa....huhhuhu. Psiko...psiko....
bergambar sakan dengan cup cake umi ye.....bersedia utk makan....

Wednesday, February 1, 2012

TAZKIRAH....

RAHSIA SOLAT LIMA WAKTU
Ali bin Abi Talib r.a. berkata, "Sewaktu Rasullullah saw duduk bersama para sahabat
Muhajirin dan Ansar, maka dengan tiba-tiba datanglah satu rombongan orang-orang
Yahudi lalu berkata, 'Ya Muhammad, kami hendak bertanya kepada kamu
kalimat-kalimat yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa a.s. yang tidak
diberikan kecuali kepada para Nabi utusan Allah atau malaikat
muqarrab.Lalu Rasullullah saw bersabda, 'Silakan bertanya.'
Berkata orang Yahudi, 'Sila terangkan kepada kami tentang 5 waktu yang
diwajibkan oleh Allah ke atas umatmu.
'Sabda Rasullullah saw, 'Sembahyang Zuhur jika
tergelincir matahari, maka bertasbihlah segala sesuatu kepada Tuhannya.
Sembahyang Asar itu ialah saat ketika Nabi Adam a.s. memakan buah khuldi.
Sembahyang Maghrib itu adalah saat Allah menerima taubat
Nabi Adam a.s. Maka setiap mukmin yang bersembahyang Maghrib dengan ikhlas dan
kemudian dia berdoa meminta sesuatu pada Allah maka pasti Allah akan
mengkabulkan permintaannya.
Sembahyang Isyak itu ialah sembahyang yang dikerjakan oleh para Rasul sebelumku.
Sembahyang Subuh adalah sebelum terbit matahari.
Ini kerana apabila matahari terbit, terbitnya di antara dua
tanduk syaitan dan di situ sujudnya setiap orang kafir.'
Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah saw, lalu mereka berkata,
'Memang benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. Katakanlah kepada
kami apakah pahala yang akan didapati oleh orang yang sembahyang.
Rasullullah saw bersabda,
'Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sembahyang yang
pertengahan.Sembahyang Zuhur, pada saat itu nyalanya neraka Jahanam.
Orang-orang mukmin yang mengerjakan sembahyang pada ketika itu akan diharamkan
ke atasnya wap api neraka Jahanam pada hari Kiamat.'
Sabda Rasullullah saw lagi, 'Manakala sembahyang Asar, adalah saat di mana Nabi Adam a.s. memakan buah khuldi. Orang-orang mukmin yang mengerjakan sembahyang Asar akan diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir.'
Selepas itu Rasullullah saw membaca ayat yang bermaksud, 'Jagalah
waktu-waktu sembahyang terutama sekali sembahyang yang pertengahan.
Sembahyang Maghrib itu adalah saat di mana
taubat Nabi Adam a.s. diterima. Seorang mukmin yang ikhlas mengerjakan
sembahyang Maghrib kemudian meminta sesuatu daripada Allah, maka Allah akan
perkenankan.'
Sabda Rasullullah saw, 'Sembahyang Isyak (atamah). Katakan
kubur itu adalah sangat gelap dan begitu juga pada hari Kiamat, maka seorang
mukmin yang berjalan dalam malam yang gelap untuk pergi menunaikan sembahyang
Isyak berjamaah, Allah SWT haramkan dirinya daripada terkena nyala api neraka
dan diberikan kepadanya cahaya untuk menyeberangi Titian Sirath.'
Sabda Rasullullah saw seterusnya, 'Sembahyang Subuh pula, seseorang mukmin yang
mengerjakan sembahyang Subuh selama 40 hari secara berjamaah, diberikan
kepadanya oleh Allah SWT dua kebebasan iaitu:
1. Dibebaskan daripada api neraka.
2. Dibebaskan dari nifaq.
Selepas itu orang Yahudi bertanyakan
tentang puasa Ramadhan. Selepas nabi menjelaskan tentang kenapa diwajibkan
berpuasa Ramadhan dan kelebihannya, orang Yahudi itu membenarkan penjelasan
Rasulullah s.a.w.
Akhir sekali orang Yahudi itu bertanya lagi, ”Katakan kepada
kami kelebihanmu di antara semua para nabi.”Sabda Rasullullah saw,
'Seorang nabi menggunakan doa mustajabnya untuk membinasakan umatnya, tetapi
saya tetap menyimpankan doa saya (untuk saya gunakan memberi syafaat kepada umat
saya di hari kiamat).' Kata orang Yahudi, 'Benar apa yang kamu katakan itu
Muhammad. Kini kami mengakui dengan ucapan Asyhadu Alla illaha illallah, wa
annaka Rasulullah (kami percaya bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan engkau
utusan Allah).'
Peringatan : "Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan
kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan
buah-buahan. Dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang sabar." (Surah
Al-Baqarah: ayat 155) "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan
kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia
mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya." (Surah Al-Baqarah: ayat
286)
RAHSIA PERGERAKAN KITA DALAM SOLAT
Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah
tahu atau panduan bagi yang baru tahu.
1. Niat Sembahyang : Sebenarnya
memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2. Berdiri Betul :Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3.Takbir-ratul Ihram : Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4. Fatihah : Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5. Ruqu' : Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6. I'tidal :Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
7.Sujud : Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8.Duduk antara 2 Sujud : Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur.
9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) : Menjadi kenderaan ketika kita di
padang Mahsyar.
10. Tahhiyat Akhir : Sebagai penjawab bagi soalan yang
dikemukakan oleh mungkar & nangkir di dalam kubur.
11. Selawat Nabi :Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12. Salam : Memelihara kitadi dalam kubur.
13. Tertib : Akan pertemuan kita dengan Allah S. W.T.
sama2 lah kita ingat mengingati, pesan berpesan sesama insan...kerana setiap kita manusia sentiasa alpa dan leka dengan kehidupan dunia........