Blogger Backgrounds

Wednesday, February 1, 2012

TAZKIRAH....

RAHSIA SOLAT LIMA WAKTU
Ali bin Abi Talib r.a. berkata, "Sewaktu Rasullullah saw duduk bersama para sahabat
Muhajirin dan Ansar, maka dengan tiba-tiba datanglah satu rombongan orang-orang
Yahudi lalu berkata, 'Ya Muhammad, kami hendak bertanya kepada kamu
kalimat-kalimat yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa a.s. yang tidak
diberikan kecuali kepada para Nabi utusan Allah atau malaikat
muqarrab.Lalu Rasullullah saw bersabda, 'Silakan bertanya.'
Berkata orang Yahudi, 'Sila terangkan kepada kami tentang 5 waktu yang
diwajibkan oleh Allah ke atas umatmu.
'Sabda Rasullullah saw, 'Sembahyang Zuhur jika
tergelincir matahari, maka bertasbihlah segala sesuatu kepada Tuhannya.
Sembahyang Asar itu ialah saat ketika Nabi Adam a.s. memakan buah khuldi.
Sembahyang Maghrib itu adalah saat Allah menerima taubat
Nabi Adam a.s. Maka setiap mukmin yang bersembahyang Maghrib dengan ikhlas dan
kemudian dia berdoa meminta sesuatu pada Allah maka pasti Allah akan
mengkabulkan permintaannya.
Sembahyang Isyak itu ialah sembahyang yang dikerjakan oleh para Rasul sebelumku.
Sembahyang Subuh adalah sebelum terbit matahari.
Ini kerana apabila matahari terbit, terbitnya di antara dua
tanduk syaitan dan di situ sujudnya setiap orang kafir.'
Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah saw, lalu mereka berkata,
'Memang benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. Katakanlah kepada
kami apakah pahala yang akan didapati oleh orang yang sembahyang.
Rasullullah saw bersabda,
'Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sembahyang yang
pertengahan.Sembahyang Zuhur, pada saat itu nyalanya neraka Jahanam.
Orang-orang mukmin yang mengerjakan sembahyang pada ketika itu akan diharamkan
ke atasnya wap api neraka Jahanam pada hari Kiamat.'
Sabda Rasullullah saw lagi, 'Manakala sembahyang Asar, adalah saat di mana Nabi Adam a.s. memakan buah khuldi. Orang-orang mukmin yang mengerjakan sembahyang Asar akan diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir.'
Selepas itu Rasullullah saw membaca ayat yang bermaksud, 'Jagalah
waktu-waktu sembahyang terutama sekali sembahyang yang pertengahan.
Sembahyang Maghrib itu adalah saat di mana
taubat Nabi Adam a.s. diterima. Seorang mukmin yang ikhlas mengerjakan
sembahyang Maghrib kemudian meminta sesuatu daripada Allah, maka Allah akan
perkenankan.'
Sabda Rasullullah saw, 'Sembahyang Isyak (atamah). Katakan
kubur itu adalah sangat gelap dan begitu juga pada hari Kiamat, maka seorang
mukmin yang berjalan dalam malam yang gelap untuk pergi menunaikan sembahyang
Isyak berjamaah, Allah SWT haramkan dirinya daripada terkena nyala api neraka
dan diberikan kepadanya cahaya untuk menyeberangi Titian Sirath.'
Sabda Rasullullah saw seterusnya, 'Sembahyang Subuh pula, seseorang mukmin yang
mengerjakan sembahyang Subuh selama 40 hari secara berjamaah, diberikan
kepadanya oleh Allah SWT dua kebebasan iaitu:
1. Dibebaskan daripada api neraka.
2. Dibebaskan dari nifaq.
Selepas itu orang Yahudi bertanyakan
tentang puasa Ramadhan. Selepas nabi menjelaskan tentang kenapa diwajibkan
berpuasa Ramadhan dan kelebihannya, orang Yahudi itu membenarkan penjelasan
Rasulullah s.a.w.
Akhir sekali orang Yahudi itu bertanya lagi, ”Katakan kepada
kami kelebihanmu di antara semua para nabi.”Sabda Rasullullah saw,
'Seorang nabi menggunakan doa mustajabnya untuk membinasakan umatnya, tetapi
saya tetap menyimpankan doa saya (untuk saya gunakan memberi syafaat kepada umat
saya di hari kiamat).' Kata orang Yahudi, 'Benar apa yang kamu katakan itu
Muhammad. Kini kami mengakui dengan ucapan Asyhadu Alla illaha illallah, wa
annaka Rasulullah (kami percaya bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan engkau
utusan Allah).'
Peringatan : "Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan
kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan
buah-buahan. Dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang sabar." (Surah
Al-Baqarah: ayat 155) "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan
kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia
mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya." (Surah Al-Baqarah: ayat
286)
RAHSIA PERGERAKAN KITA DALAM SOLAT
Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah
tahu atau panduan bagi yang baru tahu.
1. Niat Sembahyang : Sebenarnya
memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2. Berdiri Betul :Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3.Takbir-ratul Ihram : Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4. Fatihah : Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5. Ruqu' : Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6. I'tidal :Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
7.Sujud : Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8.Duduk antara 2 Sujud : Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur.
9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) : Menjadi kenderaan ketika kita di
padang Mahsyar.
10. Tahhiyat Akhir : Sebagai penjawab bagi soalan yang
dikemukakan oleh mungkar & nangkir di dalam kubur.
11. Selawat Nabi :Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12. Salam : Memelihara kitadi dalam kubur.
13. Tertib : Akan pertemuan kita dengan Allah S. W.T.
sama2 lah kita ingat mengingati, pesan berpesan sesama insan...kerana setiap kita manusia sentiasa alpa dan leka dengan kehidupan dunia........

Saturday, January 28, 2012

Unplanned Holiday

Salam kepada semua yang singgah di laman blog saya....


Sekali lagi post kali ini mengenai percutian tidak dijangka....ianya berlaku pada raya cina tahun ini....2012....kami sekeluarga bertolak ke KL pada 23/1/2012 hari sabtu, singgah di Batu Pahat amik adikku disana kerana suaminye bekerja tak dapat ikut ke KL. Sebenarnya kami akan berkumpul di KL kerana kakakku Siti Rahmah akan menikah pada 23/1 nanti. Dia tak buat majlis besar2 cukup jemput adik beradik saja maklumlah perkahwinan nye yg ke2. Sebab tu dia buat di umahnye sendiri di KL.

Ahad tengahari baru kami sampai di KL kerana kami bermalam di Selandar pada hari sabtu tu....penjalanan yang memenatkan kerna sana sini jalan jem. Selepas tunggu adik beradik ku yg lain sampai..kami pun pergi makan KFC dan bercadang malam tu nak gi KLCC...kononnye lepas ke KLCC nk gi I-city tak sangka lak tukar plan terus balik ke rumah, coz kami berjumpa abah di KLCC abah tak tau jalan nak ke rumah kakakku...lagipun anakku Laila tak sihat...demam&batuk paru...sian dia melayan kerenah maknye yg nak berjalan ni...
Pemandangan malam di KLCC

Esok paginye kami berkumpul di rumah akaku sebelum ke Masjid berdekatan utk majlis akad nikah....Allhamdulilah...semua urusan dipermudahkan...selepas menjamu selera dirumahnye...kami adik beradik asik tukar2 plan nak gi sana nak gi sini....last nye kami pergi Pusat sains Negara nak tengok pameran robot....tersesat2 akhirnye sampai jg. 3 kereta konvoi...semua xde garmen harapkan google maps....kadang2 leh pakai kdg2 tersesat jg...coz jln KL kan berlapis2....he3. Kami sampai lagi 5 minit nak tutup...hahahaha dapatlah tgk&bergambar sikit2.
Majlis Penikahan di Masjid Kmpg Batu, Jln Ipoh KL

Aqilah bersama Robot leh ckp B.Melayu...di Pusat Sains Negara
Destinasi seterusnya nak ke Tasik titiwangsa....kononnye tapi tak jadi...tersesat lagi....last minit tukar plan g sunway piramid...pas tu nak gi I-city....jalan jem teruk nak masuk ke i-city tu...kami dah tak konvoi lagi...akhirnye aku tunggu saja di kawasan depan jackel tunggu diorg keluar dari i-city coz nak amik laila yang naik keta akakku....coz kami tinggal dia masa jalan petang tu sebab dia tak sihat....asik nangis je bila mak2 sedaranye menyakat dia. Sian anakku.
Di sunway Piramid

Keesokan harinye aku nak gi bukit cerakah...lastnye tukar plan...kami konvoi lagi tapi tinggal 2 keta saja...2 keta lagi dah balik malam semalam lepas g i-city. Kami ke Bukit Tinggi...Paksa diorg ikut...sebab sementara ada org nk bawakan...dekat tengahrai juga bari samapi ke bukit tinggi pas tu petang kami balik semula ke KL...pas siap2 malam tu juga kami semua balik ke destinasi masing2....aku balik Selandar...akakku balik Muo.
Ni kat Bukit Tinggi lah mana lagi........

Penjelajahan Ke Pantai Timur

Salam semua....

Post kali ini mengenai percutian tak dijangka juga.....trip ke pantai timur....mulanya hubby ku ada meeting disana...tau last minit...nak naik flight tak berbaloi coz kena transit di KLIA lama...boring katanye...nak naik bas pun dia rasa malas...so bila dipikir2 boleh jg la aku ikut...maklumlah masa tu asignment yg nk dihantar 5 hari lagi dah siap..pas tu ade test...rasanya mcm senang je...so bolehlah bjalan2 hi3...
Meeting my hubby di Politeknik Kuala Terengganu....aku pun cuba lah telefon member baikku zaa yg bekerja di Poli Dungun...ingatkan nak menumpang rumahnye. Alhamdulilah dia sedang cuti bersalin...dah habis pantang...cuma dia ambil 3 bln cuti....dah lama tak jumpa dia...leh lah borak panjang sementara tunggu my hubby habis meeting....

Di rumah Zaa & Suza

Dekat kul 9mlm kami sampai dirumah Zaa di dungun....aku tak segan menumpang rumahnye coz suaminye jg adalah classmate aku ms diploma. Kalau jalan kemana2 biasanya jarang bermalam di rumah org...segan

Masjid Terapung

Dataran Syahbandar


selepas makan borak2 jap pas tu kami pun tido...esok pagi hubby ku ada meeting... sementara tunggu dia bermacam2 cerita yg diborakkan....kemudian hubby ku check in hotel di Pantai Batu buruk....esok kami nak round sekitar kuala terengganu....banyak juga lah tempat yang kami pergi...dataran syahbandar, pasar payang, masjid terapung, taman monumen, masjid kristal, pantai batu buruk..

Taman tamadun Islam.....taman monumen


Keesokanye kami bergerak balik....5 tahun lepas aku teringin sangat nk bermalam di cherating...tapi tak kesampaian sebab masa tu darwish baru 3 bulan..so my hubby kata tak sesuai duk di kawasan pantai...so kami bermalam di hotel sekitar bandar kuantan sahaja. Kali ni aku tak lepaskan peluang nak juga gie...akhirnye kami bermalam di Suria Cherating beach resort...tercapai la hajat anak2ku nk mandi kolam....tapi hujan....dah 2 hari percutian...saat ditunggu anak2ku hanya lah mandi kolam...huhuhuhu...hujan renyai2 redahkan juga diorg mandi kolam..pastu kami main pasir di pantai Cherating...

D Suria Cherating Beach Resort

D Teluk Chempedak

Selepas check out...kami bergerak pulang... singgah pulak di teluk cempedak....pas tu kami terus ke Gambang water park...sampai dah kul 4 petang...kul 6 dah tutup...tak puas gak nak main air coz khalish takut air...dah tpaksa gilir2 jaga dia...kepenatan sungguh...lepas makan malam di salah sebuah kedai di Gambang kami pun bergerak pulang ke Johor...sian my hubby drive musti oenat....kami samapi dirumah sekitar kul 2 pagi.....

Friday, January 27, 2012

I-city

salam kepada pembaca semua....
tengok didalam facebook kawan2 mcm best je I-city& snow walk tu....teringin nak gie...tak sangka kami malam raya haji berada di I-city...punya lah ramai...ingatkan kami je beraya disana...rupa2nye... orang lain pun sama gak. Nak masuk parking pun dah ramai...
Pemandangan di Snow walk
Hidung Darwish dah mula merah kesejukan
happy hour
Gambar selepas 1/2 jam dan tragedi laila hilang...semua dah kesejukan
Kami berjanji dengan akak ku pukul 8 mlm tunggu dipintu snow walk. Sejuk sungguh dalam tu..kesian anak2ku... aku hanya bawa kasut sport dan stokin, tak terpikir lak nak bawa sarung tangan...walhal...sarung tgn dibuat main2 je kat rumah. ada 1 jam juga lah kami berada dalam tu. dalam 1 jam tu lah laila boleh hilang dari pandangan mata kami...berdebar jg jantungku....mula2 dia main gelongsor dengan sepupu dia yana.. aku memerhatikan khalish & darwish...tak sangka lak ntah kemana dia gie....menyasau gak mencari maklumlah kawasan didalam tu agak gelap...baju sejuk yg dibekalkan sama je semua orang, so susah nak cam...akhirnya kami jumpa juga dia...dah menangis pun...sian anak umi.
Diluar snow walk....
satu lagi tragedi...cermin mata aqilah jatuh dalam timbunan ais...cermin nye tu memang dah longgar dan selalu tanggal tak sangka lak nk berlaku lagi dalam keadaan yang kelam dan berais nie...tp nasib baik jumpa jg....hi3 macam2 anak2 ku ini....huru hara dibuatnye....
Gambar pemandangan di sekitar I-city
Sian aqilah dah kepenatan

Tuesday, January 17, 2012

Dugaan datang lagi......

Bertemu lagi kita....semenjak lepas raya posa yang lalu, aku kembali ke Kuliah Masters ku...dek kesibukan sebagai isteri,umi dan sbg seorang pelajar maka blog ku ini tidak sempat diupdate...paper finalku utk sem ini pun dah abis pada 6 jan 2012..... dah masuk ke tahun baru. aku dah buat yang terbaik semasa peperiksaan ku, walaupun dugaan tidak putus2 melanda. Ianya mengenai kesihatanku....

Semenjak belajar tak kira lah masa Diploma ataupun Degree...bila final year ada saja dugaan yang melanda...tak kira lah dlm apa jua bentuknye pasti mengganggu kosentrasi utk menghadapi peperiksaan....begitu juga semasa masters ku sekarang ni....entah kenapa mungkin aku harus tukar mind setting aku kot.....aku terperangkap dgn permainan fikiranku sendiri....entahlah...apa yang pasti cara aku nak menanganinye...

Semester ini aku ambil 12 kredit sahaja. termasuk pre-project, subjek utk final ku hanya 2 paper sahaja. Yang satu paper tu mmg subjek 'Killer', ramai gak org fail tiap sem...gerun jg aku nk menghadapinye....yg satu lagi lak menurut sumber2 yg leh dipercayai senang nk score...tp nmpk gayanye boleh tahan juga lah susahnye......

seminggu sebelum paper 'killer' ku itu aku diduga dengan tekanan darah ku naik mendadak...perutku asik masuk angin....kepala ku sangat berat sampai tak leh nak fokus study...asik nak tido je... yang aku paling tak tahan kejap doktor kata darah ku naik...jap doktor lain kata normal...aku chech sndri di umah pun normal...lastnye aku buat keputusan utk bertemu dgn Ustaz Mansor.

Sekali lagi aku diganggu oleh 'ketegur'. "dia" duduk dibawah dadaku....adakah disebabkan itu perutku asik masuk angin dan kepala ku berat mcm ada batu????? Wallahualam.... 1 minggu yang llalu aku ada berkebun sikit...maklumlah hobi baru ku sekarang...tp lepas je berkebun aku ada bg tau cik abg yang aku rasa macam mengiggil2 bahagian kaki dan rasa cam seram sejuk..mula2 aku rasakan mungkin dah lama tak berkebun...aku tak amik pusing sngt hal tu...tp selama itu juga la bdn ni menahan sakit dan akhirnye aku terpaksa menyerah pd yg pakar...

Kata ustaz semasa aku mencangkul terkena 'dia' jadi 'dia' marah sbb itu aku diganggu secara perlahan2. Disebabkan aku nie kuat semangat sbb tulah aku leh menahanye sehinggalah smpi dah tak tertahan....menurut ustaz tu lah....Ya lah aku mula rasa lain mcm bila 2 doktor bckp benda yg berlainan ttg sakitku ini....jadi aku tak mau amik risiko coz lagi 2 hari paper 'killer' ku.

Menurut Ustaz kawasan rumah ku itu mmg kawasan yang agak 'keras'. so dia minta supaya kami 'pagar'kan rumah dah air 'penawar' yg diberikan itu disuruh buat minum utk 3 hari dan selebihnya siram di halaman rumah. kalau tak baik juga lepas 3 hari tu datang lagi.

aku ingatkan habis di situ saja...selepas aku minum air yg diberikan ustaz tu aku kena "Diarrhoea"...apa tu????? cirit birit la....aku tak dapat tido 1 jam sekali aku bangun tengah malam buang2 air....kul 9 pagi aku ada exam paper....ya Allah dugaan apa yg kau berikan ini. Aku hanya leh berdoa agar aku tidak mengalaminye semasa dalam kereta ke UTM, maklumlah dekat 40 minit pjlanan, mana aku nak cekau toilet klu nk ter'kucil'....dan juga aku jg berdoa agar urusan aku dipermudahkan utk menjawab soalan examku disamping tidak diganggu oleh masalah 'diarrhoea' ku itu. Alhamdulilah pjlanan ku hanya mengambil masa 30 minit saja, cepat 10 min dari biasa...hway pasir gudang lenggang...pelik juga...mungkin kilang byk amik cuti 2/1 coz mengantikan 1/1 yg jatuh pada hari Ahad. Perutku jg tidak menimbulkan tanda2 hendak terkucil

Menurut doktor homeopathy, aku keracunan. semasa dalam exam, badan ku seram sejuk sebab mungkin hydrate dan seharian aku tak lalu makan semalam...aku cuma makan bubur yg dibeli dari Marybrown pd tengahari smlm itu pun tak habis. Alhamdulilah perut ku tidak meragam hinggalah habis exam. Syukur alhamdulilah....cuma nye soalan exam ku itu memang agak susah dan dlam keadaan aku yang sakit...aku cuma mengharapkan lulus dan tak perlu nk repeat paper tu....tapi klu dapat lebih baik dari itu alhamdulilah......

Monday, January 16, 2012

SALAM AIDILADHA

Alhamdulilah.....persiapan raya haji tidaklah semeriah raya puasa...tapi selalunye cik abg pasti nakkan baju 'raya' utk kami. pilihan warna kali ini ialah BIRU....lum penah ada baju kaler biru. pastikan cari baju untuk laila dulu.....kenapa???? sebab anakku itu bandanye comel...membesar bagai johan...utk mencari baju siap sangatlah payah....habis 1 pasar Tiram aku round....last2 2/3 helai sambar baju Uminye...he3, 1 kip mart round gak....pun tak de yg sesuai...dah ada saiz...kaler lak tak de.... baju kurung budak mmg susah cari time raya haji...yg byk time raya posa je....kes ni dah blaku thn lepas...tp blaku lagi tahun ni....fuhhhhh bukanye ape mula2 nk guna baju lama je...tp last minute nak gak baju baru. Di tesco....first lady....Pusat bndr pasir gudang....semua aku dah round.....akhirnye dapat juga aku cari baju biru utk laila...di First lady di plaza Larkin....sblm ni kau dah g 2 First lady tapi takde baju budak....aku pun tak plan nk g plaza larkin & tak penah masuk dlm tu...ikut cik abg gi byar pinjaman kat situ. rupa2 nye ada gak jual2 baju& tudung, tak banyak tp ade apa yg aku nak....alhamdulilah....so beli terus baju utk aqilah...umi & abahnye skali...budak boy tak de lak jual di First lady tu...last choice aku gi bazar di blkg pjbt post masai...banyak rupanye baju melayu& kurung budak kat situ....cantik lah..... inilah hasilnye....
comel tak kami?????? he3

Nasi ayam sambal menu aku utk raya ni....simple je. Malam semalam kami testing bawa anak2 gi solat di masjid... maklumlah semnjak ada anak nie aku jarang dapat solat sunat hari raya di masjid...kali ni aku ingin solat sunat di masjid jadi kami try dulu solat isyak pada mlm raya tu....ya Allah khalish yg momel ni sangat nakal...geram umi. pagi raya aku dah bg 'amaran' jgn nakal2 pd dia...kay3x jwb dia. Tiba di Masjid mcm tu juga....tulah nama budak2.
Selepas solat, makan, pas tu sesi bergambar...kul brape nak gerak ke MUO nie.... mlm ni plan dgn akakku nk gi snow walk di I-city.Jom g Snow walk.....

Saturday, October 1, 2011

LAKSA JOHOR

Ni kali pertama kami menghidangkan tetamu pada hari raya dengan menu laksa johor...sebelum ni aku hanya tahu makan je....suka sngat tu tidak lah...cuma klu ada... makan. Kami minta tlg Kak Long ajarkan macam mana nak buat laksa johor, termasuklah cara2 menghidang ( mengulung) spagethi.....hiihihihihi. Adik beradik ku datang beraya kerumahku aku hidangkan laksa johor..... ni aku kongsikan resipinye...

Laksa Johor

Bahan-bahan ( 20-30 orang )

  • 1@2 paket sphagetti (direbus dengan air dan 1 sudu besar minyak sehingga lembut)
  • serai - 2 batang diketuk untuk tumis
  • asam keping - 2 keping (masuk dlm kuah)
  • santan pekat 1kg
  • 1 paket kerisik
  • 1 paket besar rempah kari ikan

  • **Bahan A - (direbus dan dimesin - asingkan) **
  • Ikan tenggiri 2 ekor besar (buang tulang)

  • **Bahan B (dimesin)**
  • bawang besar – 4/5 biji
  • lada kering 15-20 tangkai @(10 sudu besar)
  • halia - 2 ibu jari
  • lengkuas - 2 ibu jari & kunyit hidup - 2 ibu jari
  • bawang putih -3/4 ulas
  • udang kering ½ mangkuk kecil

  • **Bahan Hias**
  • Daun kesum(diracik halus)
  • Daun selasih (diracik halus)
  • timun potong bulat(buang biji)
  • tauge buang ekor (segar)
  • bawang besar hiris halus(bulat)

  • ** Sambal Belacan (blender dgn sedikit air)
  • lada merah 5/6 biji
  • Belacan melaka – 30-40 gram dibakar
  • Bawang Merah 1 biji kecil, garam
  • limau kasturi 4/5 biji belah 2 dan buang biji

Cara-cara

  1. rebuskan ikan, asingkan tulang dan mesin hingga halus bersama air rebusan
  2. **Penyediaan kuah**
  3. Tumis minyak dan masukkan serai yang diketuk bersama bahan B hingga wangi
  4. Bila garing, masukkan rempah kari dan kacau sebentar dalam 1/2 minit
  5. masukkan ikan yang dimesin.
  6. masukkan santan pekat, kerisik diikuti dengan 2 mangkuk air dan
  7. masukkan asam keping
  8. tambah garam dan gula untuk rasa
  9. masak sehingga kuah pekat dengan api perlahan selama lebih kurang 1 - 1 1/2 jam. Lebih lama dimasak, kuah akan lebih tahan walaupun tak disimpan didalam peti sejuk

p/s : sesetengah orang suka bahan utk hias letak jeruk chaipo, bunga kantan hiris, lada hidup merah/hijau dihiris....bergantung pada kemahuan masing2.

menu ni utk ramai orang makan, so klu nk bt sikit pandai2 lah yek.....

SELAMAT MENCUBA