
Blueberry Cheestart
Sumber : Alex Goh
Sweet Pastry
Bahan A
200 g mentega
100 g gula aising
1/4 sudu teh esen vanilla
Bahan B
1 biji telur
Bahan C
420 g tepung
1 sudu besar tepung susu
Cara-cara
1. Putar (A) hingga lembut dan tambahkan
(B). Putar lagi hingga gebu.
2. Masukkan (C) dan gaul sehingga sempurna.
Filling
Bahan A
250 g cream cheese
50 g gula 25 g mentega
Bahan B
1 biji telur
Bahan C
25 g whipping kream
Bahan D
20 g tepung gandum
Blueberry filling
Cara-cara
1. Tekankan pastri manis ke dalam acuan tat. Tusukkan lubang di kulit pastri dan bakar pada suhu 190 darjah Celcius selama 15 minit atau sehingga kuning perang. Ketepikan.
2. Inti : Pukul (A) sehingga licin dan gebu. Masukkan (B) dan pukul hingga sebati. Tambahkan (C) dan sebatikan hingga sempurna. Campurkan (D) dan ratakan dengan sempurna.
3. Tuangkan inti keju ke dalam kulit pastri yang telah dibakar tadi. Bubuhkan sedikit jem beri biru di permukaan atas dan bentukkan corak olakan.
4. Bakar pada suhu 200 darjah Celcius selama 10-12 minit. (yatt hnya guna 170C saje)
hah tu lah dia resipi dari Chef Alex Goh.....tapi biasanya untuk filling yatt tak guna resipi tu so....versi yatt's Bakery resipinya dibawah ye....
Cream Cheese
250g Cream cheese
50g gula castor
1biji telur
1 st esen lemon/esen vanilla
1)lepas crust dan sejuk paipkan jem beribiru....then paipkan cream cheese hingga penuh dan sedikit gelembung
2) Ambil 1sb cream cheese dan warnakan dengan warna purple/blueberry dan corakkan diatas cream cheese tadi....dah siap semua tart baru bakar ye ( suhu ikut oven masing2 ye....yatt guna 150c utk 15-20 min mcm tu....
* kalau nak letak filling lain pun boleh ikkut citarasa la kan....kiwi ke...coklat ke....strawberry ke....
selamat mencuba ye....... sblm nk cuba kena la beli acuan nya dulu ye.....dan musti bersemangat waja....maklumlah nk buatnya boleh tahan la lama mahu menghabiskan dohnye dan tekan ke acuan smpi sakit2 jari....mula2 buat rasa

0 comments:
Post a Comment