Blogger Backgrounds

Monday, August 29, 2011

EIDUL FITRI 2011

Salam lebaran.....selamat hari raya.......berakhir sudah bulan ramadhan, diharapkan kita semua dipanjangkan umur supaya dapat bertemu lagi ramadhan pada tahun2 yang akan datang....insyallah....

Hari terakhir ramadhan....biasanye waktu buka dah makan lauk hari raya..... Alhamdulilah....lauk2 raya semua dah siap...dah makan pun....sedap.... Semenjak arwah mak meninggal pada tahun 2006, pada hari raya pertama selepas solat raya baru kami semua akan pulang ke kampung....kat mana...muo le....pas tu balik selandar...nasib baik la dekat leh berulang alik je..

Jadi tiap kali raya pasti aku menyiapkan ketupat,ayam masak merah,sambal kacang dan masak lodeh...emmmmm daging biasanye memang aku tak masak...maklumlah tak makan daging...jadi itulah menu wajib aku tiap tahun...ketupat setakat nie mesti buat ketupat daun...segera2 ni tak best la lagipun 1 syawal kan tak best lak buat yang segera...tak de feel nak raya....he3....

Ketupat

ketupat yg sudah siap dianyam & dimatikan

Sambal Kacang

bahan2nye: kacang tanah disangai& lada kisar

kacang tanah yang hendak disangai
kacang yang siap di buang kulit

anak daraku menumbuk kacang tanah....

Bab menganyam ketupat....hanya yang aku tau buat ketupat bawang,pasar&satay....ade lagi ke jenis lain??? yang pelik2 aku tak tau la...yg basic2 je....aku ajarkan aqilah dan laila menganyam....dalam 70 biji yang dibuat...aqilah menyumbang 1 biji ketupat bawang...Laila pula 2 biji ketupat (bawang&satay)....he3 cukup la tu..... Cara nak isi beras aku tak tau....hahahah...xpenah cuba...biasanya my hubby lah tolong isikan beras& rebus sekali....apa yang penting 'kerjasama'....
My hubby sedang mengetatkan daun ketupat
beras yang siap dibasuh dan ditoskan

proses memasukan beras ke dalam daun ketupat


Daripada selepas sahur dah stat buat kerja....menganyam ketupat,basuh beras,isi beras,rebus ketupat,pipih lada,kopek bawang....pendek kata menyiapkan pekakas2 nak memasak....alhamdulilah...ngam2 bunyi azan maghrib...semua dah settle sedia dimakan....

Masak lodeh

bahan2nye: kentang, sengkuang,carrot,tauhu goreng , tempe digoreng, lada hidup dihiris, sotong kurita, udang...


Malam nak gosok baju utk esok, lipat baju....dan kemas rumah....emmmm tak abis2 mengemas...sebab ramai sangat yang tukang buat sepah nye.....

Inilah menu lebaranku yang telah siap dimasak...
kami dah merasmikan utk juadah berbuka.....

0 comments:

Post a Comment