Blogger Backgrounds

Tuesday, November 17, 2009

PUTERA PERTAMA



HILMAN=kesopanan,kesabaran
DARWISH=warak, nisbah

Ini lah dia anak ku yg ke3...alhamdulilah setelah mempraktikkan petua yg biberikan leh seorang rakan dan petua2 lain yang aku search di internet, dengan izin allah aku berjaya mendapatkan anak lelaki...petuanye...ada sape2 nak ke???

oleh kerana anak yang pertama dan kedua rapat, so yang ke3 mmg aku plan nk lambat sikit, tapi xlah mkn ubat atau guna alat utk protect, sendiri mau ingat2 je la...sebelum aku mengandungkan darwish aku sangat extreme makan udang yg besar2 tu udng harimau ek...kalu leh hari2 nak mkn...bukanye aku paksa mkn tp tekak ni yg nak...pas tu bila aku da stat mengandung aku tak lagi sukakan udang, tekak ku beralih nak makan chicken chop je...huhuhu...sangat suka...asam2 dah tak suka makan, suka mkn kekacang...mcm badam...

biasalah mengandung aku tetap mengalami alahan, kali nie pun tak teruk mana cuma berpanjangan alahan nye...leh mkn tp ada masa dia akan keluar semula...tapi masa mengandungkan dia aku sangat rajin memasak, tak kira penat...rajinnye melampau2 la....mcm2 jenis kuih aku cuba buat...

aku mengandungkan darwish pada hujung tahun 2006, pada bulan syaaban thn yang sama mak meninggal dunia, so kali ini aku kena berpantang sendiri lah...aku bercadang nak bersalin di HSA je..

darwish dilahirkan pada 18.08.2007, nasib baik lah dia keluar pada hari sabtu dan kebetulan pada cuti sekolah, so bolehlah kak long jagakan aqilah dan laila semntara hubby hntr aku di hospital, oleh kerana hospital jauh dr rumah so hubby kutunggu sahaja di hspital, kebetulan hubby leh masuk temankan aku dalam labour room, mula2 risau juga takut dia pengsan, sbb tak leh bau darah, sepanjang aku sakit di labour room, hubby la temankan aku sehingga la aku selamat melahirkan baby

Tapi ya allah seksanya, betulah kata orang anak no ganjil nie susah bersalin...dia klr dengan berat 3.5kg, sama mcm along dia, waktu bersalin pun sama dlam 11 malam, posisi dia dlm perut pun sama dia sedikit mendongak sbb tu susah keluar, cuma berbeza aku bsalin secara normal, alhamdulilah...

Dalam pantang aku ada amik sorang pembantu rumah warga tempatan bekerja opis hour..so adelah org tlg tgkan dan masakan lauk utk aku..darwish dalam pantang tak banyak kerenah..senang jaga dia berbanding kakak2 dia...

sekarang umurnye dah mencecah 4 tahun...biasalah budak lelaki memang nakal..lagi2 dah ade geng boy....matanye sangat sepet...macam cina...

0 comments:

Post a Comment